Thursday 2 February 2012

Jihad dan bahagiannya

Sirah Rasulullah

Tajuk : Jihad

Pengertian

Mencurahkan daya dan tenaga kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita,islam,keampunan,keredhaan dan rahmat Allah.

Dalil Al-Quraan

Surah Al-Haj ayat 78 bermaksud "dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya ia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama dalam sesuatu kesempitan".

Jenis-jenis jihad


  1. Jihad An-nafs (Jihad melawan hawa nafsu)
  • Jihad menahan keinginan nafsu syahwat yang cenderung melakukan keburukkan dan maksiat yang didorong oleh syaitan
    .        Menurut Ibnu Qayyim jihad nafsu terbahagi empat bahagian:
  • Jihad untuk memahami petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk mengamalkan petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk mengajar kepada orang lain petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk bersabar menghadapi kesulitan dan ganguan ketika berdakwah
   2.Jihad As-Syaitan (Jihad melawan Hasutan Syaitan)
  •    Jihad melawan syaitan dengan menolak nafsu dan syahwat daripada melakukan maksiat dan kemungkaran iaitu dengan merasa takut kepada Allah dan sedar bahawa kita akan bertemu dengan Allah.
  3.Jihad Al-Kuffar (Jihad menentang orang kafir)
  • Jihad menghadapi orang kafir yang memusuhi dan menentang orang islam dengan memerangi dan membunuh mereka walaupun terpaksa berkorban pada segala yang di perlukan dalam peperangan samada harta,jiwa dan kelengkapan perang
  • Dalil Al-Quraan dari surah Al-Hajj ayat 39 bermaksud:    "telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianaya dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu" 
  4.Jihad Al-Murtadin (Jihad memerangi golongan murtad)
  • Murtad ialah orang islam yang bertukar agama menjadi agama kafir. Seorang Islam dikira murtad apabila melakukan salah satu sebab berikut:
  1. Mempersekutukan Allah samada melalui percakapan atau perbuatan
  2. Mengingkari agama Islam dengan mengingkari rukun dan hukum Islam
  3. Meninggalkan solat kerana meremehkan dan mengingkari kewajipan ibadah solat

 5. Jihad Al-Munafikin
  • Jihad menghadapi orang munafik adalah dengan lisan iaitu melalui hujah yang bernas keatas mereka serta mencegah mereka daripada sikap kekufuran yang tersembunyi dan menghalang daripada perbuatan munafik mereka

Hikmah Jihad
  • Untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh
  • Memelihara kebenaran dan kesucian agama Islam
  • Memelihara dan mempertahankan Negara Islam











No comments:

Post a Comment