Thursday 2 February 2012

Jihad melawan kafir


Nama-nama hari kiamat

Nama-nama hari kiamat:


  1. Hari Akhir dunia 
  •  Berlaku kehancuran segala isi alam, semua yang hidup akan mati
    2.   Hari kebangkitan
  • Allah menghidupkan semula mereka yang telah mati
    3.  Hari pembalasan
  • Hari yang akan diberikan balasan segala amalan seseorang
   4.  Hari Perhimpunan
  • Hari yang akan menghimpunkan semua manusia dipadang mahsyar
   5. Hari Perhitungan
  • Setiap amalan dan perbuatan manusia akan dihitung sebelum ditempatkan samada dalam syurga atau neraka

Beriman kepada hari Kiamat

Pengertian

Kebangkitan semula semua makhlik diakhirat selepas kehancuran alam dunia. Segala yang mati akan dihidupkan semula dan dihimpunkan dipadang mahsyar untuk dihisab amalan mereka sebelum ditempatkan samada di syurga atau neraka

Dalil Kiamat: rujuk surah Al-kiamah :6-12

Golongan manusia pada hari kiamat:


  1. Orang yang beriman
  • mereka dalam keadaan yang baik, tenang, gembira lagi selamat serta tidak berasa bimbang menghadapi hari kiamat
    2. Orang yang kafir dan fasik
  • Sentiasa dalam keadaan resah gelisah dan menghadapi berbagai penderitaan serta kesengsaraan

Kaifiat Tayyamum

Kaifiat Tayyamum


Gambar 1

Gambar menunukkan cara bertayyamum dengan meletakkan tangan pada debu dan sunat nipiskan debu

Gambar 2

Sapukan debu tadi di permukaan sekali

Gambar 3

Cara untuk meratakan kawasan muka

Gambar 4

Menyapu debu ke tangan sebelah kanan dan kiri.

Jihad dan bahagiannya

Sirah Rasulullah

Tajuk : Jihad

Pengertian

Mencurahkan daya dan tenaga kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita mulia iaitu cita-cita,islam,keampunan,keredhaan dan rahmat Allah.

Dalil Al-Quraan

Surah Al-Haj ayat 78 bermaksud "dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya ia telah memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama dalam sesuatu kesempitan".

Jenis-jenis jihad


  1. Jihad An-nafs (Jihad melawan hawa nafsu)
  • Jihad menahan keinginan nafsu syahwat yang cenderung melakukan keburukkan dan maksiat yang didorong oleh syaitan
    .        Menurut Ibnu Qayyim jihad nafsu terbahagi empat bahagian:
  • Jihad untuk memahami petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk mengamalkan petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk mengajar kepada orang lain petunjuk agama dan kebenaran
  • Jihad untuk bersabar menghadapi kesulitan dan ganguan ketika berdakwah
   2.Jihad As-Syaitan (Jihad melawan Hasutan Syaitan)
  •    Jihad melawan syaitan dengan menolak nafsu dan syahwat daripada melakukan maksiat dan kemungkaran iaitu dengan merasa takut kepada Allah dan sedar bahawa kita akan bertemu dengan Allah.
  3.Jihad Al-Kuffar (Jihad menentang orang kafir)
  • Jihad menghadapi orang kafir yang memusuhi dan menentang orang islam dengan memerangi dan membunuh mereka walaupun terpaksa berkorban pada segala yang di perlukan dalam peperangan samada harta,jiwa dan kelengkapan perang
  • Dalil Al-Quraan dari surah Al-Hajj ayat 39 bermaksud:    "telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianaya dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu" 
  4.Jihad Al-Murtadin (Jihad memerangi golongan murtad)
  • Murtad ialah orang islam yang bertukar agama menjadi agama kafir. Seorang Islam dikira murtad apabila melakukan salah satu sebab berikut:
  1. Mempersekutukan Allah samada melalui percakapan atau perbuatan
  2. Mengingkari agama Islam dengan mengingkari rukun dan hukum Islam
  3. Meninggalkan solat kerana meremehkan dan mengingkari kewajipan ibadah solat

 5. Jihad Al-Munafikin
  • Jihad menghadapi orang munafik adalah dengan lisan iaitu melalui hujah yang bernas keatas mereka serta mencegah mereka daripada sikap kekufuran yang tersembunyi dan menghalang daripada perbuatan munafik mereka

Hikmah Jihad
  • Untuk mempertahankan diri daripada ancaman musuh
  • Memelihara kebenaran dan kesucian agama Islam
  • Memelihara dan mempertahankan Negara Islam











Tayyamum

Pengertian Tayyamum

Menyapu debu tanah yang suci kemuka dan kedua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat tertentu

Niat Tayyamum

Maksudnya: "sahaja aku bertayyamum untuk mengharuskan solat kerana Allah"

Perkara yang membatalkan Tayyamum

  1. Murtad
  2. Luput waktu sembahyang
  3. Sembuh daripada penyakit
  4. Ada air sebelum solat
  5. melakukan perkara yang membatalkan solat
Hikmah Tayyamum
  1. Kemudahan kepada umat islam yang uzur
  2. membuktikan agama islam itu mudah dan mampu dilaksanakan
  3. Pentingnya ibadah solat